Sunday, May 11, 2008

KEDAULATAN RAJA DICABAR!

Bangsa Melayu telah digemparkan dengan penentangan secara terang-terangan mencabar kedaulatan raja-raja oleh ahli Parlimen pembangkang. Mereka telah menegur campurtangan istana Perak dalam isu pelantikan semula Pengarah JAIP. Ini mencerminkan kedaulatan raja Melayu telah cuba di ganggu gugat oelh bangsa lain. Apabila mereka (pembangkang) telah diberi kuasa memerintah negeri Perak, mereka telah menggunakan kuasa mereka untuk kepentingan parti mereka. Adakah mereka mempertahankan hak kedaulatan raja-raja? Mereka (pemerintah Negeri Perak) telah menjadi kuda tunggangan bagi DAP. Ketika isu pertikaian campurtangan istana dalam pelantikan semula Pengarah JAIP, MB Perak diam seribu bahasa. Adakah pemimpin sebegini yang kita mahukan? Adakah pemimpin ini sanggup berjuang demi bangsa, agama dan negara? Cuba kita fikirkan dan renungkan bersama......

3 comments:

Pemuda Malaysia said...

cayalah bos...teruskan usaha bos menulis di dalam blog...

ibrahim yahaya said...

Sdr BW,

Tahniah kerana sudah memulakan langkah. Selamat menulis dan berhujjah di alam siber.

jiwakita said...

salam...

Siang tadi baru berdebat dengan kawan
pro PKR....berkenaan isu derhaka dan
budaya demonstrasi...tentulah kawan
tu takkan mengalah sambil meletak
kesalahan pada orang UMNO juga...

Kawan ni nak tenguk apa
tindakan pihak berkuasa terhadap Karpal...takkan ada apa-apa,tegasnya.

Sy hanya dapat kata,tenguklah nanti...

Tentang demo pula..sy menganggap
demonstrasi yg dilakukan oleh PR
adalah salah dan tidak patut,kerana
memang jelas,amat berbahaya dan ekstrem...kawan tu pun mengatakan
UMNOpun sama.(berhimpun dan berarak
menyerahkan memorandum)telah di tafsirkan sebagai demonstrasi,jadi
sy menyanggah!

dalam hati sy...'orang mcmni pun ada'.